Jumaat, 27 April 2012

MAHKAMAH BAWAHAN

MAHKAMAH SESYEN

Mahkamah Sesyen merupakan mahkamah rendah yang tertinggi
Mahkamah Sesyen tidak mempunyai bidang kuasa rayuan. Semua rayuan daripada Mahkamah Rendah perlu dibuat di Mahkamah Tinggi.

KEANGGOTAAN MAHKAMAH SESYEN

Disidangi oleh seorang Hakim Mahkamah Sesyen yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas cadangan Hakim Besar.\

BIDANG KUASA MAHKAMAH SESYEN

Bidang kuasa kes Jenayah
Mahkamah ini biasanya akan menjalankan siasatan awal terhadap kes-kes jenayah yang membawa hukuman mati untuk Mahkamah Tinggi bagi menentukan wujudnya prima facie.
Mahkamah ini membicarakan semua kes jenayah tetapi tidak berkuasa menjatuhkan hukuman mati

Bidang kuasa kes sivil

Bagi kes sivil nilai jumlah wang atau nilai pokok pertikaian mesti tidak melebihi RM250 000
Boleh melebihi nilai jika mendapat persetujuan bertulis daripada kedua-dua belah pihak

Bidang kuasa lain

Mahkamah Sesyen mempunyai bidang kuasa menyemak rekod dan keputusan Mahkamah Majistret dan Mahkamah Penghulu
Mahkamah ini juga berkuasa mendengar dan memutuskan tuntutan untuk mendapatkan sewa, mengeluarkan writ atau menahan harta untuk mendapatkan sewa

MAHKAMAH MAJISTRET KELAS 1

Mahkamah Majistret Kelas 1 boleh membicarakan kes jenayah dan sivil
Mahkamah ini juga berkuasa menjalankan siasatan awal bagi kes jenayah yang berat sepeti membunuh bagi mewujudkan prima facie

KEANGGOTAAN MAHKAMAH MAJISTRET KELAS 1

Perbicaraan dijalankan oleh seorang Majistret Kelas 1

BIDANG KUASA MAHKAMAH MAJISTRET KELAS 1

Bidang kuasa kes jenayah

Mahkamah ini mempunyai kuasa membicarakan kes-kes yang hukumannya tidak melebihi 10 tahun penjara atau denda sahaja dan kesalahan-kesalahan di bawah Seksyen 392 dan 457 Kanun Keseksaan
Hukuman maksimum yang boleh dijatuhkan oleh mahkamah ini ialah:
5 tahun penjara
12 kali sebatan
Denda RM10 000
Gabungan ketiga-tiganya

Mahkamah Majistret Kelas 1 boleh mengenakan denda yang melebihi RM10 000 bagi kes-kes di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Kastam 1967, dan Akta Keseksaan 1953

Bidang kuasa kes sivil

Mahkamah ini membicarakan kes sivil yang membabitkan tuntutan tidak melebihi RM25 000
Mahkamah ini berkuasa mengambil tindakan ke atas tuntutan bagi harta tak alih atau mengeluarkan writ atau waran untuk menuntut sewa yang tidak melebihi saman pemula.


MAHKAMAH MAJISTRET KELAS 1

Keanggotaan Mahkamah Majistret Kelas II

Disidangi oleh Majistret Kelas II yang dilantik oleh Raja / Yang dipertua Negeri

Bidang kuasa Mahkamah Majistret Kelas II

Bidang kuasa kes jenayah

Mahkamah ini berkuasa membicarakan kes jenayah yang hukumannya tidak melebihi 12 bulan penjara atau denda sahaja
Hukuman maksimum yang boleh dijatuhkan:

Denda RM 1000
Penjara : 6 bulan
Kedua-duanya sekali

Bidang kuasa kes sivil
Mahkamah ini berkuasa membicarakan kes-kes sivil yang melibatkan nilai perkara dipertikaikan tidak melebihi RM3000

MAHKAMAH PENGHULU

Mahkamah Penghulu hanya terdapat di Semenanjung Malaysia dan merupakan mahkamah terendah dalam peringkat Mahkamah Rendah
Mahkamah ini hanya membicarakan orang Asia yang memahami Bahasa Melayu
Bagi kes-kes sivil, nilai perkara yang dituntut tidak melebihi RM50.00
Kes-kes jenayah yang dibicarakan pula hanya melibatkan denda tidak melebihi RM25.00
Mahkamah penghulu tidak boleh menjatuhkan hukuman penjara.
Mahkamah ini disidangi oleh seorang Penghulu sesebuah mukim yang dilantik oleh Ketua Negeri
Kedua-dua pihak tertuduh atau pendakwa boleh memilih sama ada ingin dibicarakan di Mahkamah Penghulu atau Mahkamah Majistret
Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Penghulu boleh dibuat di Mahkamah Majistret I